Skip to content

05-011 : Membuat Jemaah Kedua Dalam Masjid

Home Soal JawabFeqah: Solat

Soalan:

Salam,
Mohon penjelasan dari sunnah Rasullullah SAW atau perbuatan sahabat di zaman baginda yang dipersetujui baginda berkenaan persoalan dibawah;

Seorang datang lewat ke masjid untuk berjemaah solat fardhu dan mendapati yang imam telah memberi salam. Jadi yang mana lebih menepati petunjuk Rasul SAW samada membuat satu jemaah lagi utk solat atau mengikuti jemaah yang dibentuk oleh orang-orang yang ketinggalan berjemaah bersama imam masjid, atau solat sendiri -sendiri dalam masjid, atau balik ke rumah untuk solat berjemaah dirumah?

Wassalam.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


-Sekiranya masjid tersebut ialah masjid jalanan, yakni yang dibina di tengah2 highway untuk kegunaan org musafir, yang tidak dilantik imam tetap, maka tidak syak bahawa membuat jemaah kedua adalah lebih baik.

-Sekiranya masjid itu ada imam tetap, maka yg afdhal ialah bersembahyang jemaah, dan tidak bersembahyang berseorangan. Dalinya:

1) Hadis Nabi SAW: “Sembahyang seorang lelaki dengan seorang lelaki (berjemaah) adalah LEBIH BAIK daripada sembahyangnya berseorangan. Dan sembahyangnya dengan dua orang lelaki lebih baik daripada sembahyangnya dengan seorang lelaki. Jemaah yang lebih banyak, lebih disukai oleh Allah”.
HR Abu Daud (no: 554), dan Nasai (no: 843). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban (no: 2056), kata Nawawi dalam al-Khulasah “Sanadnya sahih”. (Nasbul Rayah 2/15).

2) Kisah seorang lelaki masuk masjid Nabi, dan mendapati Nabi dan sahabat2nya telah selesai menunaikan solat jemaah. Lalu dia pun bersembahyang berseorangan.
Nabi SAW bersabda: “Siapa yang mahu bersedekah kepada orang ini, dengan bersembahyang bersamanya?”. Lalu seorang lelaki bangun dan bersembahyang bersamanya. Nabi pun bersabda: “Dua orang ini adalah jemaah”.
HR Ahmad (no: 22189), Abu Daud (no: 574).
Dinilai SAHIH oleh Ibn Hibban (no: 2397) dan Syuaib Arnaut. Juga dinilai SAHIH oleh Hakim dalam Mustadrak (no: 758), dan Albani dalam Irwa’ 2/250.

Dalam kisah di atas, jelas Nabi SAW menyuruh supaya dilakukan jemaah kedua. Oleh itu, tidak ada wajah bagi mereka yang mengingkari didirikan jemaah kedua, kerana terdapat dalil yg jelas dalam perkara ini.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: