Skip to content

05-003 : Penceramah Jadi Imam Jemputan

Home Soal JawabFeqah: Solat

Soalan:

i) Sesetengah ustaz mengatakan adalah makruh jika seseorang penceramah jemputan di sesebuah masjid tawar diri jadi imam, melainkan jika dioffer pd masa itu. Betul ke??

ii) Ramai menganggap seseorg musafir tidak boleh jadi imam solat fardhu di masjid singgahannya. Ada pula yg kata jemaah boleh offer si musafir jadi imam. Apa dalil2nya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله  وبعد

i) Kerana berdasarkan hadis sahih Muslim: Nabi bersabda: “Janganlah seorang lelaki menjadi imam kepada lelaki lain di kawasannya”.  (Muslim, no: 673)

apabila masjid itu telah ada imam khas, maka org lain samada penceramah atau bukan, tidak boleh mara ke hadapan menjadi imam, kecuali imam itu memberi izin kepadanya.

ii) Ada dua keadaan;
i- masjid singgahannya itu ialah masjid yg tiada imam khas, yg dibina kerajaan untuk menjadi singgahan musafir. maka siapa sahaja boleh jadi imam di situ sekalipun musafir.

ii- masjid itu sudah ada imam khas. maka keadaannya sama seperti masjid2 lain. tiada siapa boleh ke hadapan kecuali dengan izin imam khas tersebut.
mengenai org musafir menjadi imam org solat fardhu, tidak menjadi masalah, samada musafir itu qasar ataupun tamam. makmum bersolat seperti biasa.

wallahu a’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: