03-018 : Zikir Nyaring Selepas Sembahyang
Home – Soal Jawab – Zikir dan Doa
Soalan:
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Sesungguhnya zikir dengan suara nyaring setelah selesai solat wajib adalah biasa pada masa Rasulullah s.a.w. Berkata Ibnu Abbas:”Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat jika suara mereka membaca zikir telah kedengaran.”(Muslim)
adakah hadis diatas sahih?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
– Hadis tersebut adalah sahih, direkod dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Sesetengah lafaz menyebut ‘zikir’, dan sesetengahnya menyebut ‘takbir’.
– Hadis ini menunjukkan sunat mengangkat suara ketika berzikir selepas solat fardhu.
– Ada sesetengah ulama seperti Imam Syafie berpendapat, boleh bagi imam mengangkat suara ketika berzikir selepas solat kerana tujuan mengajar zikir kepada jemaah di belakangnya. Apabila mereka sudah dapat mempelajarinya, imam hendaklah kembali memperlahankan bacaan zikirnya.
Wallahu A’lam.