Skip to content

08-008 : Hajar Aswad Bermaksud Kemaluan Hajar?

Home Soal Jawab Feqah: Haji dan Umrah

Soalan:
assalamua’laikum
Boleh saya tahu maksud hajarul aswad(batu yg wangi berhampiran kaabah) dan dari mana dia didatangkan(asal) kerana ada yg mengatakan hajarul aswad itu bermaksud kemaluan hajar..mohon penerangan.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما

بعد

– Maksud Hajar ialah Batu, dan maksud Aswad ialah: Hitam. Hajar Aswad ialah batu yang berwarna hitam, yang diletakkan di salah satu penjuru Kaabah yg digelar Rukun Hajar Aswad, iaitu tempat permualaan tawaf. Asalnya ialah seketul batu sahaja, tetapi sekarang sudah menjadi 8 kepingan batu kecil, dan ia tertanam dalam batu besar lain yang dilingkungi penutup yg diperbuat daripada perak.

– Disebut dalam hadis bahawa hajar Aswad adalah daripada syurga, warnanya lebih putih daripada susu kemudian dihitamkan oleh dosa-dosa anak Adam. (Tirmizi no: 877), katanya: Hadis Hasan Sahih.

– Ia mula-mula diletakkan ketika Nabi Ibrahim membina Kaabah. Baginda meminta anaknya Ismail mencari seketul batu yg boleh dijadikan tanda tempat permulaan tawaf. Lalu Ismail mencarinya. Tiba-tiba Malaikat Jibril datang membawa batu hajar aswad kepada Nabi Ibrahim.

– Hajar Aswad mempunyai banyak sejarah dan telah melalui pelbagai peristiwa sejak kewujudannya di dunia, menyebabkan ia retak dan pecah kepada beberapa kepingan. Ia juga pernah dicabut dari Kaabah dan dibawa lari oleh golongan Qaramithah pada 317H dan dikembalikan pada 339H.

– Apa yang anda sebut iaitu ia bermaksud kemaluan hajar adalah tidak benar dari segi syarak, logik, dan realiti.

Wallahu A’lam.

rujukan:
– Makkah: Kelebihan dan Sejarah. Oleh: Dr Abd Basit b Hj Abd Rahman

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: