Skip to content

06-005 : Beri Zakat Kepada Ibu

Home Soal Jawab Feqah: Zakat

Soalan:

Bolehkah seorang anak membayar zakat kepada ibunya sendiri yang suaminya (bapa) telah meninggal dunia? Minta penjelasan mengenai kepada siapakah zakat wajib dikeluarkan.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Ulama bersepakat mengatakan tidak harus menyerahkan zakat kepada individu yang berada di bawah tanggungan nafkahnya.

Jika suaminya telah mati, kewajipan nafkah kepada seorang ibu akan berpindah kepada anak-anaknya, jika siibu memerlukan pembiayaan nafkah.

Jadi, anak-anaknya wajib memberi nafkah yang mencukupi kepada ibu, dan tidak boleh dibayar dalam bentuk zakat.

Firman Allah yang menunjukkan wajib nafkah kepada ibu dan bapa:

Maksudnya: “Dan (Allah memerintahkan) supaya berbuat baik kepada dua ibu bapa”. (Al-Isra: 23)

Cuma, jika si anak juga seorang yang tidak mampu memberi nafkah kepada ibunya dan ibunya berhak menerima zakat, maka bolehlah si anak memberikan zakat kepadanya, sebagaimana ditarjih oleh Ibn Taimiyyah. (Ikhtiyarat Fiqhiyyah, hlmn. 104)

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: