05-014 : Himpun Antara Dua Niat Solat
Home – Soal Jawab – Feqah: Solat
Soalan:
Di sini ada satu soalan: Bolehkah kita menghimpunkan dua solat sunat seperti solat tarawih dgn solat hajat atau lain2 dalam satu solat?? (soalan utk bulan puasa..)
SJ AAN pernah beritahu bahawa boleh menghimpun dua sunat dlm satu-satu masa, melalui mazhab maliki… Sekian, syukran..
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Kaedah yang masyhur:
Apabila terhimpun dua perkara yang sama jenisnya, dan tidak berbeza maksud kedua-duanya, maka boleh berlaku tadakhul (pertindihan).
lihat: Al-Asybah wa al-Nazhair m/s 241.
Dari kaedah ini, difahami, syarat untuk berlaku pertindihan antara dua ibadah ialah:
i-kedua-duanya mestilah ibadah yg sama jenis, spt: sembahyang dgn smbahyang, puasa dgn puasa, tawaf dgn tawaf.
ii-kedua-duanya mestilah tidak berbeza maksud.
oleh itu boleh berlaku pertindihan sekiranya solat kedua itu solat yg tidak bermaksud spt: solat tahiyyat masjid, solat wudhu’. Adapun solat yg bermaksud spt: solat istikharah, solat hajat (jika dikatakan sabit), maka yg aula hendaklah dilakukan berasingan.
Wallahu A’lam
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net