Skip to content

08-011 : Larangan Selepas Tawaf Widak

Home Soal Jawab Feqah: Haji dan Umrah

Soalan:

1. Seseorang yang telah selesai kerja nusuk dan masih tinggal di Makkah serta ada beberapa hari lagi untuk pulang ke tanah air, perlukah beliau melakukan tawaf wada’ jika beliau ingin mengikuti rombongan ke Jeddah seblum tarikh berangkat pulang.(contohnya ; tarikh berangkat dari Makkah untuk ke tanah air pada 29 Zulhijjah, si A mengikut rombongan ke Jeddah yang dibuat oleh pihak urusetia pada 19 Zulhijjah dan kembali ke Makkah pada hari yang sama)

2. Apakah larangan2 kepada seseorang yang telah selesai tawaf wada’?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Seseorang yang telah selesai melaksanakan ibadah haji, TIDAK HARUS keluar dari Makkah tanpa melakukan tawaf widak, samada keluar ke Jeddah atau tempat lain.

Kata Syeikh Uthaimin: Jika dia pergi ke Jeddah (tanpa tawaf widak) kemudian dia datang ke Makkah balik dan mahu melakukan tawaf widak, ia sudah tidak berguna lagi. Kerana dia telah keluar, dan meninggalkan Makkah (sebelum itu). (Majmuk Fatawa Uthaimin 23/353).

2. Orang yang telah melakukan tawaf widak tidak boleh melewat-lewatkan perjalanannya dan melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia tidak mahu bermusafir. Jika selepas tawaf widak, dia melakukan perkara-perkara lain dan melewatkan perjalanannya tanpa uzur, maka hendaklah diulangi tawaf widaknya ketika dia benar-benar mahu bermusafir.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: