Skip to content

07-015 : Qadha Puasa Kerana Nifas

Home Soal JawabFeqah: Puasa

Soalan:
Assalamualaikum w.b.t

Saya nak tanya.
Sekiranya ada wanita yang mengalami nifas sepanjang bulan ramadhan selepas m’lahirkan anak, dan dalam masa yang sama menyusukan anak tersebut.
Bagaimana wanita tersebut sepatutnya m’gantikan puasa??

Saya ada bertanya kan beberapa orang ustaz, ada yang menjawab…
1. Bayar fidyah sahaja, tanpa qadha’, kerana ia termasuk wanita yang menyusukan anak.
2. Qadha’ sahaja, tanpa fidyah, kerana ia termasuk wanita yang nifas dimana haram puasanya.

Wallahualam.

Jawapan:
Haidh dan Nifas adalah uzur syar’ie yang menghalang daripada sah puasa. Jadi, wanita nifas, HARAM puasa, dan TIDAK SAH puasanya.
Selepas selesai nifasnya, maka hendaklah qadha’ puasanya tanpa fidyah. Masalah ini adalah ijmak tiada khilaf padanya.

rujukan:
-Majmuk Nawawi 6/257
Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

%d bloggers like this: