16-005 : Hukum Melakonkan Watak Orang Sudah Mati
Home – Soal Jawab – Pelbagai
Soalan:
Minta pandangan tentang pendapat sesetengah golongan agama spt d bwh kononnya diHARAMkan:-
– menyanyi/melakonkan lagu2 & aksi2 orang yang sudah meninggal seperti Allahyarham T.S P Ramlee, sebab kata mereka nanti ‘si mati diseksa dlm kubur’.
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
-jawapan ini tiada kena mengena dengan mana-mana individu samada yang hidup atau yang telah mati.
-Antara kaedah2 Islam yang disepakati ialah: Sesiapa yang menjadi penyebab dan petunjuk kepada sesuatu amalan baik, maka dia akan mendapat pahala setiap orang yang mengikutinya sehingga hari qiamat. dan sesiapa yang menunjukkan kepada satu amalan buruk, maka dia mendapat habuan dosa orang yang mengikutinya sehingga hari qiamat.
-Berkenaan dengan soalan ini, perlu dirujuk kepada hukum lakonan, dan hukum nyanyian. Di sana ada perselisihan di kalangan ulama. sekiranya orang yang menyanyi dan berlakon itu berpegang kepada fatwa yang mengharuskan nyanyian dan lakonan, maka tidaklah dia termasuk di dalam orang-orang yang menunjukkan kepada kejahatan, sekalipun ada orang lain menganggapnya sebagai haram.
-Tetapi jika baginya nyanyian dan lakonan itu adalah HARAM, atau bercampur dengan unsur-unsur yang haram, maka si artis itu termasuklah di kalangan orang yg berdosa, dan persembahannya di khalayak ramai atau di kaca TV adalah penyebab kepada orang lain mencontohinya. maka dibimbangi dia menanggung dosa orang yang mengikutinya.
-Walaupun begitu, perkara ini mesti dijadikan INGATAN kepada kita yang hidup supaya tidak menjadi penyebab kepada amalan maksiat, dan bukannya kita MENGHUKUM mana-mana orang yang telah mati, bahawa dia diazab atau tidak. Itu urusan Allah. Kita tidak dipertanggungjawabkan terhadap urusan ALlah, tetapi dipertanggungjawabkan ke atas urusan kita
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net