Skip to content

07-029 : Telan Air Liur Membatalkan Puasa?

Home Soal JawabFeqah: Puasa

Soalan:

Mengenai air liur diantara bibir dan diluar mulut. Adakah jumhur ulama mengatakan batal puasa menelannya?

Apakah yang dimaksudkan dengan air liur diantara bibir? Adakah kedudukannya di celah bibir atau macam mana.

Air liur yang diludah akan tertarik balik dan berkeadaan diantara bibir, pasti ianya akan masuk balik..

Harap diperjelaskan

macam mana dengan hingus atau kahak?

air liur/ kahak / hingus yang diludah.. biasanya akan masuk ke dalam hidung dalam bentuk renjisan.. aper perlu dibuat?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Syarak telah menetapkan hukum makan dan minum pada ketika puasa adalah dilarang. Maka perbuatan sengaja menelan apa-apa benda luaran juga tidak dibenarkan. Tetapi tidak perlu dibangkitkan permasalahan-permasalahan seperti air liur atas bibir jika masuk ke dalam balik, renjisan hingus masuk hidung balik, kerana perkara-perkara ini tidak diperincikan oleh syarak.

Kerana:
– Apa-apa yang syarak senyap tentangnya, maka ia adalah kemaafan.
– Perkara-perkara tersebut jika hendak dijaga, pasti memabawa masyaqqah. Contohnya, jika berkumur ketika puasa, sudah pasti lebihan air kumuran akan tertinggal dalam mulut, akhirnya boleh jadi masuk dalam rongga. Ini adalah masyaqqah yang dimaafkan.
– Menimbulkan persoalan ini akan membawa kepada penyakit was-was.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: