Feqah
-
Feqah Puasa
Sempena kedatangan bulan Ramadhan, saya kongsikan di sini satu kertas yang saya tulis pada tahun lalu berkenaan beberapa hukum-hakam puasa. FEQAH PUASA Oleh: Lokmanulhakim bin Hussain 1.0 Pendahuluan Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan hukum feqah di dalam ibadah puasa. Walaubagaimana pun kertas kerja ini tidak akan memperincikan secara mendalam hukum-hakam puasa, kerana ia… Continue reading
-
Bolehkah Sebut “Si Polan Mati Syahid”?
Tidak boleh menyifatkan seseorang individu yang mati sebagai al-syahid, atau mengatakan bahawa dia ‘mati syahid’ secara yakin dan pasti. Kerana menentukan seseorang yang mati bahawa dia syahid atau tidak hanya dapat dipastikan melalui wahyu dan perkhabaran pembawa wahyu, iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab Sahihnya: ‘Bab: Tidak Boleh Dikatakan Bahawa… Continue reading
-
Agih Zakat Kepada Bukan Islam
Persoalan adakah hasil kutipan zakat boleh disalurkan kepada bukan Islam ataupun tidak mestilah dibincangkan secara terperinci. Kerana menjawab secara mudah iaitu BOLEH atau TIDAK belum cukup untuk memberikan jawapan sebenar. Lebih menyedihkan jika timbul pertelingkahan tidak sihat di kalangan masyarakat hingga wujud pro dan kontra tanpa memahami hujung pangkal permasalahan sebenar. Dalam Islam, sudah ditetapkan… Continue reading
-
Qiyamullail Malam Raya
Sempena kedatangan Hari Raya Eidil Fitri, terdapat beberapa laman web dan blog islamik menyiarkan artikel tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya dengan pelbagai bentuk ibadah. Kemudian disandarkan kelebihan tersebut kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Persoalannya, benarkah wujud anjuran khusus daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam supaya dihidupkan malam hari raya dengan qiyamullail? Di dalam kitab Zaad… Continue reading
-
Amalan di Bulan Ramadhan
Tidak ada keraguan bahawa amalan puasa adalah amalan yang paling utama pada bulan Ramadhan. Kerana ia adalah kewajipan atas setiap mukallaf. Dan dimaklumi bahawa amalan yang wajib adalah lebih utama daripada amalan sunat. Selain daripada puasa, digalakkan juga melakukan amalan-amalan ibadah lain. Antara amalan yang terdapat anjuran khusus pada bulan ini ialah: 1) Umrah: Sabda… Continue reading
-
Kesilapan Dalam Ramadhan
Dalam apa jua amalan, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Malahan, tabiat manusia yang tidak maksum adalah melakukan kesilapan. Diriwayatkan dalam satu hadis, “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah yang bertaubat”. (direkod oleh Tirmizi 2499, dan Ibn Majah 4251). Maka, tiada cela bagi orang yang melakukan kesilapan. Yang dicela… Continue reading
-
Puasa Selepas Setengah Syaaban
PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN. Pendapat Ulama Di dalam masalah ini terdapat tiga pendapat: a. Pendapat Pertama Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki , dan mazhab Hanbali . b. Pendapat Kedua Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi… Continue reading
-
Gelatin Dalam Vitamin
Soalan: saya telah membeli sejenis supplement/vitamin yang diimport dari England dari sebuah farmasi. Apabila melihat kepada bahan-bahannya, ada tercatat ‘gelatin’. Maka, saya melakukan research dan mendapati ‘gelatin’ yang digunakan untuk supplement ini adalah daripada bovin (sejenis kerbau/seladang). Persoalannya sekarang, saya musykil apakah status gelatin yang mereka gunakan untuk menghasilkan supplement ini sekiranya kerbau/seladang itu tidak… Continue reading
-
Saham Syarikat Yang Bercampur Halal dan Haram
Soalan: Apakah pandangan syarak tentang hukum membeli saham daripada syarikat-syarikat yang sebahagian aktivitinya adalah haram, seperti terdapat unsur riba, unsur perniagaan barangan tidak halal, dan seumpamanya? Jawapan: Daripada fatwa ulama-ulama kontemporari, resolusi beberapa kongres Islam, dan keputusan panel-panel syariah beberapa badan kewangan Islam, kita dapat rumuskan bahawa terdapat 2 pandangan di dalam hukum pembelian saham-saham… Continue reading
-
Hukum Makan Siput Babi
Soalan: assalamualaikum ada seorang rakan saya menimbulkan satu persoalan.. bolehkah kita makan siput babi? dalam hati saya kuat mengatakan tak boleh, tetapi saya tidak ada hujah yang kukuh untuk mengatakan tak boleh makan siput babi.harap para ustaz dapat rungkaikan permasalahan ini.syukran. Continue reading