Kesilapan Dalam Ramadhan
Dalam apa jua amalan, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Malahan, tabiat manusia yang tidak maksum adalah melakukan kesilapan. Diriwayatkan dalam satu hadis, “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah yang bertaubat”. (direkod oleh Tirmizi 2499, dan Ibn Majah 4251).
Maka, tiada cela bagi orang yang melakukan kesilapan. Yang dicela ialah orang yang tidak mahu berubah dan mahu berterusan dalam melakukan kesilapan. Abu Tayyib Al-Mutanabbi berkata dalam puisinya:
Aku tidak melihat keaiban-keaiban manusia sebagai keaiban,
Seperti aibnya kekurangan mereka yang mampu untuk mencapai kesempurnaan.
Dalam ibadah puasa juga, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ada kalanya, kesilapan-kesilapan yang menyebabkan terbatal puasa. Dan ada juga kesilapan yang tidak menjejaskan puasa, tetapi mengurangkan pahala atau menambahkan dosa. Antara kesilapan-kesilapan itu ialah;
– Melewatkan berbuka puasa. Nabi Sallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka”. (Direkod oleh Bukhari 1856, dan Muslim 1098). Dalam Sunan Ibn Majah (1698), “Bersegeralah berbuka, kerana Yahudi melewatkan berbuka”.
– Mencemari Ramadhan dengan maksiat. Umumnya, melakukan maksiat adalah dilarang pada mana-mana bulan. Tetapi pada bulan Ramadhan, dosanya lebih besar kerana dianggap pencabulan terhadap kehormatan bulan yang mulia. Diriwayatkan Ali r.a menghukum orang yang minum arak pada bulan Ramadhan dengan 100 sebatan. 80 kerana minum arak, dan 20 kerana pencabulan bulan mulia.
– Berjaga sepanjang waktu malam dan tidur sepanjang waktu siang. Akhirnya menyebabkan terlepas melakukan solat fardhu. Sedangkan solat fardhu adalah pembeza antara seorang Muslim dengan orang-orang musyrik.
– Menganggap waktu puasa sebagai waktu yang amat panjang dan memenatkan. Lantas dihabiskan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti yang melalaikan, supaya tidak terasa keletihan berpuasa. Sesetengah pula menghabiskan masa di hadapan televisyen bersama rancangan-rancangan hiburan.
– Berlebih-lebihan dalam penyediaan makanan untuk berbuka. Ada yang menganggap waktu berbuka sebagai masa mengganti segala kelaparan yang ditahan pada waktu siang. Kita juga sering menjumpai pelbagai aneka makanan pada bulan Ramadhan yang payah ditemui pada bulan lain. Allah Taala mencela perbuatan melampau dalam firmanNya, “Dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau” (Al-An’am: 141).
– Melengah-lengahkan ibadah qiyam (solat tarawih) pada bulan ini. Kadang kala disebabkan juadah berbuka yang melampau menyebabkan seseorang malas untuk mendirikan solat tarawih. Maka terlepaslah satu peluang keemasan untuk mendapatkan keampunan Allah pada malam itu. Dan lebih malang, jika terlepas melakukan qiyam pada malam Lailatul Qadr.
– Beribadat hanya pada bulan Ramadhan. Tiba sahaja bulan Syawal dan seterusnya, sudah tidak mengenali tilawah Quran, qiyamullail, dan sedekah. Ya, Ramadhan adalah musim ibadah, dan ada ganjaran khas padanya. Tetapi bukan dikhususkan ibadah di bulan ini sahaja. Ia adalah latihan ibadah untuk diteruskan sepanjang tahun. Imam Ahmad berkata, “Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang tidak mengenali Allah kecuali pada bulan Ramadhan”.
Semoga kita sama-sama muhasabah diri pada bulan Ramadhan, supaya amalan yang kita lakukan tidak dicemari oleh anasir-anasir yang mengurangkan pahala, atau menambahkan dosa.
Salam,
Sheikh minta nasihat.sekiranya kita dah bersolat tarawih berjemaah sebanyak 8 rakaat n bangun malam menambah solat sunat pada dinihari sebelum tutup dengan witir adakah itu boleh?Sebab saya bertanya kerana sepengetahuan saya rasulullah saw bershalat malam 8 rakaat n 3 witir..Bantu jelaskan..
Salam, akhie kamarul..
– Memang sabit dalam hadis sahih baginda tidak pernah melebihi 11 rakaat pada Ramadhan dan bukan Ramadhan. Sebagaimana dalam Bukhari (no: 1096) dan Muslim (no: 738).
– Perbuatan Nabi SAW bukan bermakna menghadkan kepada bilangan itu. Kata Ibn Taimiyyah: Barangsiapa yang beranggapan bahawa qiam Ramadhan terdapat jumlah yang telah ditentukan daripada Nabi SAW, tidak boleh ditambah atau dikurangi, maka dia telah silap.
– Kerana itu ada salaf membuat 20 rakaat, 36 rakaat, dan 40 rakaat.
– Maka boleh sahaja lakukan apa yang saudara sebutkan, buat 8 rakaat berjemaah, kemudian mahu ditambah lagi selepas akhir malam beberapa rakaat.
Wallahu A’lam.
Akhi,
“diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas org2 sebelum kamu” AlBaqarah 183.
Bole x akhi:
1) dtgkn contoh cara berpuasa umat2 sblm Nabi Muhd. Yahudi ke dsb.
2) Kronolgi kewajipan berpuasa dizaman Rasulullah s.a.w (sbb sblm ni ada dengar puasa pd awalnya berat sket. Tgh mlm Ramadhan dh xle jimak.)
Akhie rhythma,
1) Antara yang diketahui melalui hadis dan atsar:
– Yahudi berpuasa Asyura, sempena terselamatnya Musa a.s. dari Firaun.
– Dalam Tafsir Ibn Katsir, ada atsar bahawa puasa umat terdahulu ialah 3 hari setiap bulan. Ia bermula sejak zaman Nuh a.s sehingga dimansuhkan pada zaman Nabi SAW.
– Ada hadis marfuk dari Ibn Umar, bahawa puasa Ramadhan pun diwajibkan ke atas umat terdahulu.
– Dalam Tafsir Qurtubi, ada atsar bahawa puasa umat Musa a.s dan Isa a.s juga pada Ramadhan. Lalu mereka menambah 10 hari lagi, jadi jumlahnya 40 hari. Kemudian ada paderi mereka sakit, lalu bernazar kalau disembuhkan mereka akan tambah puasa 10 hari. Jadi jumlah puasa Nasara ialah 50 hari.
– Dalam hadis juga sebut Puasa Nabi Daud ialah selang sehari.
2) Ringkasnya, syariat puasa melalui dua fasa utama:
i- pilihan. Setiap mukallaf boleh memilih samada puasa atau fidyah, dan puasa lebih afdhal. rujuk: Al-Baqarah 183-184
ii- wajib. Pilihan antara puasa dan fidyah dimansuhkan, kecuali bagi golongan tertentu. rujuk: Al-Baqarah 185.
Dalam fasa (ii) pun kewajipan puasa melalui dua peringkat:
a) lebih berat. Iaitu selepas berbuka, boleh makan, minum, dan jimak selagi tidak tidur, atau solat Isyak. Bila tidur atau solat Isyak, wajib Imsak sehingga Maghrib keesokannya.
b) lebih ringan. Yang di atas dimansuhkan dengan ayat Al-Baqarah 187.
Wallahu A’lam.
Akhi,
Sudah terang lagi bersuluh. Sebelum ni samar2 je.
Syukran sgt2. Teruskan perjuangan akhi…
SALAM…
saya mohon utk panjangkan artikel ini..kepada sahabat2 saya. jazakallah khairaljaza’..
waalaikumussalam..
silakan. tidak ada halangan.