Skip to content

10-011 : Wang Pendahuluan Dalam Tempahan, Bolehkah?

Home Soal Jawab Feqah: Muamalat

Soalan:

Salam.
Soalan saya ialah :

Seorang pelanggan membuat tempahan perkhidmatan dari sebuah syarikat. Tempahan tersebut dikenakan deposit RM200 dan bayaran sepenuhnya pada hari perkhidmatan diberikan oleh syarikat tersebut.
Mengikut syarat daripada syarikat itu, jika pelanggan membatalkan tempahan apabila membuat tempahan (sudah bayar rm200), maka deposit tidak akan dipulangkan (burn) atau hanya separuh sahaja akan dipulangkan.
Sedangkan jika deposit dipulangkan semuanya, ia tidak merugikan syarikat walau sedikitpun.

Daripada situasi perniagaan di atas, adakah syarat ini berunsur riba atau apa2 yang dilarang oleh Islam?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Persoalan ini merujuk kepada hukum ‘bai al-Urbun’ adakah dibenarkan oleh syarak atau tidak. Maksud bai al-Urbun ialah: Bayaran pendahuluan yang dikenakan oleh penjual kepada pembeli, di mana jika pembeli membatalkan akad jual beli itu, maka bayaran itu menjadi hak penjual, tidak dikembalikan kepada pembeli.

Hukum mensyaratkan bayaran seperti ini diperselisihkan ulama. Ada yang melarangnya berdasarkan satu hadis yang melarangnya. Cuma ada pertikaian terhadap hadis tersebut. Dan ada ulama mengharuskannya berdasarkan atsar Umar bin Al-Khattab.

Dan pendapat yang mengharuskannya telah difatwakan juga oleh Lajnah Daemah, KSA (no: 19637), dan dipilih dalam ketetapan Majmak Feqah Islami (Qararat Majmak Feqah Islami m/s: 165).

Lanjutan fatwa keharusan urusniaga seperti ini dalam jual beli, di dalam urusniaga perkhidmatan juga dibenarkan dikenakan pendahuluan (Urbun), kerana ia adalah urusniaga jual beli manfaat (ijarah). (Majalah Majmak Feqah Islamiy Bil: 8, Jil: 1 m/s: 641).

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

One Comment

Trackbacks

  1. Wang Pendahuluan Dalam Tempahan, Bolehkah? - Al Rawdhah

Comments are closed.

%d bloggers like this: