02-010 : Hadis Dosa Meninggalkan Solat
Home – Soal Jawab – Al-Quran dan Hadis
Soalan:
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh:
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..
Zuhur:
Rezekinya tidak diberkati..
Asar:
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..
Maghrib:
Tidak dihormati oleh anak-anaknya.
Isya’:
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..
P/S: Minta tolong nilaikan. Kalau boleh sertakan beberapa balasan bagi mereka yang meninggalkan solat dari hadith-hadith sahih. Terima kasih.
Jawapan:
بسم الله
والصلاة واالسلام على رسول الله وبعد
Berikut adalah jawapan daripada Markaz Fatwa di bawah kelolaan Dr Abdullah Faqeh
Selepas kajian yang lama terhadap sumber-sumber hadis, kami tidak menjumpai asal bagi hadis tersebut. Memadai untuk menakutkan orang daripada meninggalkan sembahyang dengan firman Allah dalam al-Quran:
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً.
ertinya: Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (Maryam: 59).
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
ertinya: Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (Al-Ma’un: 4-5).
sabda Nabi SAW;
من ترك صلاة العصر فقد حبط عمله
ertinya: Siapa meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya. HR Bukhari (no: 528).
rujukan:
http://www.islamweb.net.qa/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=33458&Option=FatwaId
wallahu a’lam
Jawapan asal penulis di Al-ahkam