Skip to content

03-013 : Fatihah di Awal Majlis, Surah Al-Asr di Akhirnya

Home Soal JawabZikir dan Doa

Soalan:

masih b`kenaan soalan ana yg lepas SJ-13-0436
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36262

mcm mana pula sperti yg dikatakan oleh masyarakat kita:
untuk memberkati majlis?

Soalannya adakah kita mendapat keberkatan jika ttp mengamalkan bacaan fatihah ini pd awal majlis?

bagaimana pula dgn khatam majlis dgn bacaan surah al asr?
mintak ulasan lebih lanjut

Wallahua`lam

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Memberkati Majlis.
Segala keberkatan dan kebaikan ialah pada berpegang kepada sunnah Nabi SAW. Kerana Allah Taala memerintahkan supaya amalan agama diambil daripada baginda. Yang diambil kira oleh syariah dalam menilai amalan ialah:
(a) setakat mana ikhlasnya kepada Allah.
(b) setakat mana ketepatannya dengan ajaran Rasulullah SAW.

Maka keberkatan dan kebaikan ialah pada mengikut sunnah baginda. Dalam matan Jauharah Al-Tauhid (syair-syair aqidah mazhab Asyairah) menyebut:

وكل خير في اتباع من سلف
وكل شر في ابتداع من خلف

Setiap kebaikan itu adalah pada mengikut orang-orang salaf
Dan setiap keburukan adalah pada reka cipta amalan orang-orang khalaf

2) Surah Al-Asr sebagai penutup majlis
– Juga tidak ada dalam sunnah bahawa Nabi dan para sahabat membaca Surah Al-Asri pada akhir setiap majlis.
– Yang ada ialah membaca Kaffarah al-Majlis, iaitu:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Doa ini dibaca ketika bangun daripada majlis, dan direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 4861). Dinilai sahih oleh Albani.

– Berkenaan dengan Surah Al-Asri, terdapat perbuatan sahabat yang menunjukkan ia dibaca apabila dua orang bertemu, dan apabila berpisah, salah seorang membacakan surah Al-Asri kepada sahabatnya, dan memberi salam kepadanya. Sebagaimana hadis:

كان الرجلان من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا التقيا لم يفترقا حتى يقرأ أحدهما على الآخر : ( والعصر إن الإنسان لفي خسر ) ثم يسلم أحدهما على الآخر

Maksudnya: Apabila dua orang daripada sahabat Nabi SAW bertemu, mereka berdua tidak berpisah sehingga salah seorang membaca kepada kawannya Surah Al-Asri, kemudian memberi salam kepadanya.
Direkod dalam Mukjam Ausat Tabarani (no: 5124). Dinilai sahih oleh Albani.

– Maka wajar kita mengamalkan suatu yang sabit, dan meninggalkan suatu yang tidak sabit. Kerana ibadah mesti didasarkan kepada dalil.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: