08-017 : Tawaf Sambil Bawa Kasut
Home – Soal Jawab – Feqah: Haji dan Umrah
Soalan:
Salam,
Ibu saya amat risaukan hajinya sah atau tidak kerana ketika tawaf, dia membawa kasut di di dalam beg plastik kerana takut hilang kasut. Apakah sah tawafnya dan hajinya?
Harap dapat penjelasan. Syukran
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Ibu saudara sudah pun selesai mengerjakan haji. Justeru tidak perlu dilayani was-was yang berpunca daripada syaitan yang mahu merosakkan ibadah hamba Allah.
Lagipun, perbuatan membawa kasut atau selipar ketika tawaf tidak merosakkan tawaf. Kecuali jika diyakini ada najis padanya.
Adapun, jika syak samada terdapat najis atau tidak, dan berlaku syak selepas selesai ibadah, maka tidak perlu dilayani syak tersebut, kerana ia menjurus kepada penyakit was-was.
Wallahu A’lam
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net