Skip to content

04-006 : Darah Tidak Hilang Pada Pakaian

Home Soal JawabFeqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan:

Adakah pakaian yg terkena darah dan tidak boleh ditanggalkan apabila dibasuh boleh dipakai untuk solat?

Jawapan:

Dalam hadis Asma’, seorang wanita bertanya Nabi SAW tentang pakaian yang terkena darah haidh, lalu sabdanya:
“Kikiskan ia, kemudian gosok2kan ia dengan air, kemudian percikkan air padanya, kemudian bersolatlah dengannya”.
HR Bukhari (no: 225) dan Muslim (no: 291).

Jika dengan cara basuhan tidak hilang juga kesan darah, maka dimaafkan. Kerana hadith Abu Hurairah, bahawa Khaulah Binti Yasar bertanya Nabi SAW tentang darah yang tidak tanggal dengan basuhan. Lalu Nabi bersabda: “Cukuplah basuhan air, dan tidak memudaratkan kesannya”.
HR: Abu Daud (no: 365). Dinilai sahih oleh Albani dalam Irwa’ 1/189

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: