Skip to content

10-007 : Hukum Jual Beli Emas Dengan Emas

Home Soal Jawab Feqah: Zakat

Soalan:

Seperti soalan ana diatas. Ana agak keliru, yang benarnya adakah dilarang jual beli emas dgn emas / boleh juai beli emas dgn emas?

Jazakallhhukhairankathira

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Jual beli atau pertukaran emas dengan emas dibenarkan jika dipenuhi dua syarat:

1) Persamaan pada timbangan. Maka Pertukaran antara seketul emas seberat 200 gm, mestilah dengan emas seberat 200 gm juga. Jika terdapat perbezaan berat, maka kadar yang lebih akan menjadi riba fadhl.

2) Penyerahan di dalam majlis. Jual beli antara emas dengan emas mestilah disempurnakan penyerahan kedua-duanya dalam majlis tersebut. Jika ada sebarang penangguhan atau ansuran, maka ia akan menjadi riba nasiiah.

Kedua-dua syarat ini disebut dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya: (Pertukaran) emasdengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, dan garam dengan garam, mestilah dengan kadar (timbangan/sukatan) yang sama, dan mestilah dengan penyerahan serentak (dalam satu masjlis).
Direkod oleh Muslim (no: 1587).

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: