04-016 : Kucing Najis? Dan Tangan Kena Liquid Paper
Home – Soal Jawab – Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi
Soalan:
1) Saya membela kucing. Saya selalu juga memegang/membelai kucing selepas mengambil wuduk dan terus solat. Adakah batal wuduk saya? Atau tidak langsung menjadi kesalahan?
2) Saya selalu menyedari di tangan saya terdapat kesan pen atau liquid paper semasa menadah tangan untuk berdoa selepas tahiyat akhir. Adakah batal solat sya ini? Dan perlukah mengambil wuduk lain atau sekadar mencuci kesan pen tadi dan meneruskan solat seperti biasa?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1) Kucing tidak najis, sebagaimana hadis Abu Qatadah r.a.
إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ
Maksudnya: Ia (kucing) bukanlah najis. Ia adalah haiwan yang berkeliaran di sekeliling kamu.
Direkod oleh Abu Daud (no: 75), Tirmizi (no: 92) dan Nasaie (no: 68). Dinilai sahih oleh Tirmizi, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, Al-Hakim dll.
2) Permasalahan anggota wudhuk terkena bahan2 seperti dakwat pen, minyak dan lain-lain, sekiranya bahan2 itu jenis tidak telus air seperti cat, lilin, minyak gris, liquid paper, maka tidak sah wudhuk tersebut. Mesti dihilangkan terlebih dahulu. Kerana selagi terdapat bahan2 tersebut pada anggota wudhuk, bererti basuhan anggota itu tidak sempurna.
Nabi SAW pernah memerintahkan sahabat yang tidak meratakan basuhan kaki sekadar satu dirham supaya mengulangi wudhuknya dan solatnya. Direkod oleh Abu Daud (no: 175). Sanadnya dinilai jayyid (baik) oleh Imam Ahmad. (Tanqih al-Tahqiq 1/30).
Tetapi sekiranya ia daripada jenis bahan yang telus air, maka tidak menjejaskan wudhuk. Contohnya dakwat pen, inai, celak dll.
Wallahu A’lam
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net