10-009 : Bersubahat Perjelaskan Hutang Riba
Home – Soal Jawab – Feqah: Muamalat
Soalan:
Ada kawan saya sedang berhutang sejumlah besar dengan sebuah bank konvensional. Dia meminta saya tolong langsaikan sekali gus supaya dia boleh bayar secara beransur-ansur kepada saya. Saya sudi tolong, sebab tak sanggup tengok dia tanggung lebih banyak hutang+riba bank, dan saya pun takkan kenakan apa-apa bunga atas hutang dia pada saya.
Masalahnya, sebahagian kecil drpd jumlah tersebut merupakan interest bank yang dah lama compounded sebelum ini. Jika saya tolong bayarkan dahulu kesemuanya,
(i) Adakah saya kemudian berhak tuntut drpd dia jumlah yang sama, yakni termasuk bahagian interest semasa dia berhutang dengan bank dahulu? Maksudnya, saya dikira menuntut duit riba juga; atau
(ii) adakah saya mesti tuntut exactly jumlah loan sahaja, dan tolak baki interest tu? Maksudnya, jumlah dia perlu bayar pada saya akhirnya hanya merugikan saya..
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Berdasarkan keterangan saudara, muamalah antara saudara dengan kawan saudara ialah: Qardh iaitu dia berhutang dengan saudara sejumlah wang untuk menjelaskan hutangnya dengan bank.
Jika kawan saudara memerlukan daripada saudara sebanyak RM40,000 (contohnya), maka sejumlah itulah dia perlu bayarkan kepada saudara nanti. Sekalipun, hutang asalnya dengan bank tidak sampai sebanyak itu. Saudara tidak dikira bermualah secara riba dengannya.
Jadi, jawapan ringkasnya:
(i) ya, kerana qardh (hutang) beliau dengan saudara ialah kadar tersebut. Maka kadar itulah yang mesti dibayar.
(ii) tidak.
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net