Skip to content

08-016 : Amalan Hari Tarwiyah

Home Soal Jawab Feqah: Haji dan Umrah

Soalan:

Aslm,

Saya ingin bertanya tentang amalan pada hari tarwiyah.

mengikut jadual tabung haji, pada 8 zulhijjah jemaah akan berangkat terus ke Arafah tanpa ke Mina kerana mereka berpendapat ia sunat.

daripada buku manasik haji mengikut Sunnah Nabi, Nabi bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah sebelum berangkat ke Arafah pada 9 Zulhijjah.

Soalan saya
1. Apakah hukum sebenar mabit di Mina pada 8 Zulhijjah

2. bagaimana cara untuk pergi ke Mina dulu sebelum ke Arafah. Jika ada para ustaz di al ahkam pernah berpengalaman harap dapat kongsi.

Ini kerana bapa saya betul2 ingin pergi ke Mina dulu sebelum ke Arafah kerana ingin mengikut sunnah jika diizinkan Allah menjadi tetamu Nya di baitullah.InsyaAllah

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Mabit di Mina pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) adalah sunat, tidak wajib. Malahan, dinukilkan ijmak bahawa sesiapa meninggalkan mabit pada malam tersebut tidak dikenakan apa-apa dam. (Majmuk 8/92).

2. Jika anda ingin melaksanakan sunnah mabit di Mina pada 8 ZUlhijjah, boleh kemukakan permohonan bertulis kepada Tabung Haji beberapa hari sebelum bermula perjalanan haji, untuk keluar daripada rombingan Tabung Haji, dan menyertai rombongan lain yang bermabit di Mina. Berdasarkan pengalaman, Tabung Haji akan meluluskan permohonan seperti itu.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: