Skip to content

02-019 : Letak Quran Bawah Paras Lutut

Home Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:
Adakah dalil yang menerangkan hal “quran mesti diletak melebihi paras pusat”?
Boleh ulas sikit bab ini?

Sekian, terima kasih.

Jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

-Secara umum, setiap muslim wajib menghormati mushaf al-Quran dan menghindari melakukan sesuatu yang dianggap menghina dan merendah2kan mushaf. Kerana firman Allah Taala:

في صحف مكرمة مرفوعة مطهرة بأيدي سفرة

ertinya: Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan. Yang ditinggikan lagi disucikan. Di tangan para malaikat. (Abasa: 13-15).

-Namun, tiada dalil yang menghadkan bahawa meletakkan mushaf di bawah aras pusat adalah dilarang. Malahan, ada fatwa mengharuskan meletakkan mushaf di dalam poket tepi jubah yang setentang dengan peha, cuma ketika duduk, jangan sampai mushaf berada di bawah punggungnya, dan mesti berada di sebelah atas pehanya.

lihat fatwa meletak mushaf dalam poket tepi jubah (uthaimeen);
http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=111946

wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam