Skip to content

06-015 : Zakat Emas: Simpanan Dan Perhiasan

Home Soal Jawab Feqah: Zakat

Soalan:

Minta Penjelasan

1) Apakah anggaran gram bagi emas perhiasan dan emas simpanan yang dikenakan zakat emas? Ada yang mengatakan zakat emas bagi barangan kemas perhiasan akan dikenakan apabila berat barangan tersebut mencecah 800 gram manakala barangan kemas yang disimpan dikenakan zakat apabila mencecah 85 gram?

2) Apa yang saya telah tunaikan setiap tahun di Pejabat Zakat Ng Perlis adalah dicampurkan berat barangan kemas yg disimpan dan barangan kemas perhiasan dan dibayarkan zakatnya apabila melebihi 85 gram.

Harap segera mendapat jawapannya kerana saya nak bayar zakat pulak ni.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Tidak ada khilaf di kalangan fuqaha tentang wajib zakat pada emas yang disimpan. Kadar nisabnya ialah 20 mitsqal bersamaan dengan 85 gram. Maka dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripadanya.

Manakala zakat emas bagi perhiasan wanita, ada khilaf di kalangan fuqaha. Jumhur berpendapat emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita tidak dikenakan zakat KECUALI jika ia melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan).

Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu.

Sebagai contoh, uruf perhiasan emas wanita di negeri Selangor ialah: RM5,000. Maka jika seseorang memakai perhiasan emas yang bernilai RM9,000 maka zakatnya ialah:

(kadar yang dipakai – kadar uruf) x 2.5% = kadar zakat.

(RM9,000 – RM5,000) x 2.5% = RM100.

2) Adakah maksud soalan, Pejabat Zakat Negeri Perlis mencampurkan kadar emas simpanan dan emas perhiasan yang dipakai, dan mengira zakat dari kedua-dua jenis emas ini?

Jika, ya, kemungkinan Pejabat Zakat menggunakan pendapat yang mewajibkan zakat pada emas perhiasan.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: