Skip to content

12-006 : Wang Insuran Dikira Pusaka?

Home Soal Jawab Feqah: Wasiat Dan Pusaka

Soalan:

Ana ada 4 soalan utk ustaz, diharap mendapat jawapan dengan kadar segera :

Kawan ana kematian suami di tempat kerja. Beliau mendapat sejumlah wang pampasan dr syarikat suaminya bekerja.

Soalan

1. Adakah wang tersebut harus diagihkan secara fara’aid
2. Adakah wajib dikeluarkan zakat
3. Apakah syarat seorg ibu/bapa yg membolehkan terima zakat
dari anaknya.
4. Adakah wang tersebut boleh digunakan sepenuhnya oleh kawan ana bagi
perbelanjaan anak-anak dan dirinya.

Sekian. Jazakallah

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Wang pampasan kematian yang dibayar oleh sesebuah syarikat, atau syarikat insurans, tidak dkategorikan sebagai harta pusaka. Kerana wang tersebut bukan hak miliknya sebelum kematian. Maka ia tidak mengambil hukum faraidh.

Berkenaan kepada siapakah diserahkan wang pampasan itu, ia terserah kepada budi bicara syarikat terbabit, atau mengikut perjanjian yang sudah dipersetujui.

2. Wang tersebut dikira sebagai ‘al-mal al-mustafaad’, maka tidak dikenakan zakat ketika ia diperolehi. Ia dikenakan zakat, jika mencukupi haul setahun, dan masih dalam lingkungan nisab zakat.

3. Seseorang anak tidak boleh memberikan zakat kepada ibu atau ayahnya, kerana sudah menjadi kewajipan kepada si anak untuk memberi nafkah kepada mereka jika mereka memerlukan pembiayaan.

4. Pampasan kematian sudah pasti diberikan untuk perbelanjaan orang-orang yang di bawah tanggungan simati, iaitu isteri dan anak-anaknya.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: