Skip to content

06-008 : Terlupa Bayar Zakat Fitrah

Home Soal Jawab Feqah: Zakat

Soalan:

Assalamualaikum.

Macamana kalauRaya dah lepas, tapi terlupa bayar zakat fitrah. Bolehkah diqadha’kan? Apakah hukumnya? Adakah dikenakan denda seperti kafarah dan fidyah?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Hendaklah bertaubat jika sengaja melewatkan zakat fitrah tanpa uzur, dan beristighfar di atas kecuaian tersebut. Kerana kewajipan setiap muslim ialah mengeluarkan zakat sebelum solat hari raya, sebagaimana dalam hadis sahih.

– Zakat yang tidak dikeluarkan pada waktunya wajib diqadha’. Kerana ia dikira hutang dengan Allah Taala, dan hutang Allah Taala paling berhak untuk ditunaikan.

– Tidak ada fidyah atau kaffarah lain, selain qadha zakat tersebut.

Wallahu A’lam.

rujukan:
– Muhalla, Ibn Hazm 6/143
– Fatawa Lajnah Daemah (no: 14359)
– Ahkam Sadaqah al-Fitr, Mahmud al-Khuza’ie m/s 59

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: