Skip to content

04-013 : Berkenaan Najis Pada Lampin

Home Soal JawabFeqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan:

Assalamualaikum…

Ana ada anak kecil yang biasanya kami pakaikan pampers. Suatu hari kami telah kesempitan wang dan tidak mampu membeli pampers. Kemudian kami gunakan kain kampin utk anak. Tiba-tiba timbul masalah bila anak kencing, maka kain lampin jadi basah dgn kencing. Sudah beberapa kali ditukar lampin, tapi bila kecing akan berlaku masalah sama, iaitu: anak saya pegang kain lampinnya…jadi tangan anak bernajis. Saya tidak sempat menukar lampin, tetiba anak capai biskut lalu dimakannya.

Soalan saya: apakah keadaan tersebut dimaafkan. Atau apakah anak2 tidak jatuh hukum najis ke atasnya maka dgn itu makanan yg dimakan mggunakan tangan yg terkena najis adalah dibenarkan?

Pernah juga satu hari kami sudah kehabisan lampin (asyik tukar aje sebab selalu kencing hingga tak sempat basuh) maka anak pakai lampin yg basah dan tangannya terkena najis, lalu saya berikan biskut padanya tanpa membasuh tangannya…apakah hukumnya?

Sekian

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Air kencing manusia adalah najis dengan sepakat seluruh ulama. Apabila sifatnya adalah najis, maka hukumnya haram ditelan. Kerana itu, sebahagian ulama mentakrifkan najis ialah: Setiap ain yang haram ditelan secara mutlak, dalam keadaan ada pilihan.

– Jika pada tangan anak anda terdapat kesan najis air kencingnya, maka anda hendaklah menahannya daripada mencemarkan makanan. Kerana, makanan mempunyai kehormatan dan tidak boleh dikotorkan dan dibazirkan.

– Sekiranya, pada tangan anak anda tidak ada kesan najis, iaitu tidak ada lagi sifat-sifat najis padanya melalui bau, warna dan rasa, maka jika dia menyentuh makanan, ia tidak menajiskannya.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: