Skip to content

12-005 : Suami Meninggal Dunia Sebelum Harta Dibahagikan

Home Soal Jawab Feqah: Wasiat Dan Pusaka

Soalan:

Suami meninggal dunia dahulu sebelum ibu kepada suami meninggal.

Baru-baru ini ibu suami pula meninggal. Adik-beradik suami bercadang untuk membahagikan harta tinggalan ibu.

Soalan saya, Isteri kepada suami yang meninggal dahulu sebelum ibu meninggal tadi dapat tak bahagian harta pusaka tersebut?

Yang kedua Isteri tadi ada anak hasil dari suami yang meninggal tadi. Anak2 tadi dapat tak bahagia harta pusaka tersebut.

Sekian terima kasih

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Harta pusaka ibu tersebut tidak berhak kepada menantu perempuannya itu. Kerana si suami itu meninggal sebelum ibu suaminya meninggal. Jadi, suaminya bukan ahli waris kepada harta si ibu. Jadi, si isteri tadi hanya berhak kepada pusaka suaminya sahaja.

2) Cucu kepada simati, samada anak lelaki kepada anak lelaki simati, atau anak perempuan kepada anak lelaki simati, atau anak perempuan kepada anak perempuan simati, mereka berhak mendapat pusaka simati, dengan syarat tidak terhalang oleh waris yang lebih hampir.

Dalam kes ini -contohnya- kalau simati ada anak lelaki lain yang hidup sewaktu dia meninggal, maka dengan sendiri anak lelaki ini akan menghalang waris yang lebih jauh seperti cucu simati.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: