Skip to content

02-031 : Status Hadis Kepanasan Api Neraka

Home Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:
Minta jasa baik panel hadis AAN memeriksa status hadis berikut;

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w pernah bersabda: Api (ini) yang dinyalakan oleh anak Adam adalah sepertujuh puluh dari kepanasan api Neraka Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, dengan kepanasan inipun sudah memadai wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Sesungguhnya kepanasan api Neraka Jahanam melebihi kepanasan api ini sebanyak enam puluh sembilan bahagian (kali ganda). Setiap satu bahagian, kepanasannya sama dengan api ini.

Jazakallahu khair

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Hadis tersebut adalah SAHIH, Muttafaqun Alaih, direkod dalam: Sahih Bukhari (no: 3092), dan Sahih Muslim (no: 2843).

Teks Arabnya ialah:
عن أبي هريرة
: أن النبي صلى الله عليه و سلم قال ناركم هذه التي يوقد ابن آدم جزء من سبعين جزءا من حر جهنم قالوا والله إن كانت لكافية يا رسول الله قال فإنها فضلت عليها بتسعة وستين جزءا كلها مثل حرها

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

%d bloggers like this: