Skip to content

02-018 : Nabi Pesan Ali Khatam Quran Sebelum Tidur?

Home Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:
Dlm tazkirah subuh ramadhan seorg ustaz menyebut bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda HANYA kepada Sayyida Ali bin Abi Talib sahaja, menyuruh beliau supaya khatamkan al-quran sebelum tidur krn Baginda tahu hanya Sayyida Ali saja yg mampu, tidak sahabat-sahabat lain. Maksudnya Sayyidina Ali khatam quran tiap-tiap malam.

Minta bantuan ahli panel al-ahkam jika terdapat hadis tersebut dan darjatnya. JKK.

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Sehingga sekarang, kami belum menemui matan hadis yang anda nukilkan daripada ustaz tersebut.

2) Tiada had bagi seseorang untuk khatam quran dalam beberapa hari pun. Cuma afdhalnya, jangan kurang daripada 3 hari. Kerana dalam hadis Abdullah bin Amru, Nabi bersabda: “Tidak beroleh kefahaman sesiapa yang membacanya (Quran) dalam masa kurang 3 malam”.
HR Abu Daud (no: 3292).

3) Antara yang dinukilkan membacanya dalam masa satu malam ialah Uthman yang khatam satu Quran dalam satu rakaat witir, dan Said bin Jubair juga mengkahatam Quran dalam satu rakaat di dalam kaabah. Lihat Sunan Tirmizi (no: 2946).

4) Malahan, dinukilkan ada orang-orang soleh yang khatam Quran sehari 2 kali, sehari 3 kali dan sehari empat kali. Lihat: Fatawa Hadithiyyah oleh Ibn Hajar Haitami m/s 58.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Advertisements
%d bloggers like this: