Skip to content

10-001 : Hukum Jual Beli Kucing dan Air

Home Soal Jawab Feqah: Muamalat

Soalan:

Apakah hukum berjual-beli

(i) kucing

(ii) bekalan air (alasannya air adalah t/jawab pemerintah).

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


JUAL BELI KUCING
di sana ada dua pendapat Ulama:

pertama: HARUS, iaitu pendapat jumhur ulama, 4 mazhab, dan sebahagian pendapat salaf seperti Ibn Abbas, al-Hasan, Ibn Sirin, al-Hakam, Hammad, Al-Thauri, dll.

kedua: HARAM, (setengah kata Makruh), iaitu pendapat Ahmad dalam satu riwayat, sebahagian salaf spt Abu Hurairah, Tawus, Mujahid, Jabir dll.
mereka berdalilkan kepada satu hadis sahih: Nabi ditanya tentang duit hasil jual beli kucing. lalu Nabi melarang daripadanya. -Sahih Muslim.

Dari sudut kaedah2 istinbat hukum, pendapat yang mengatakan HARAM lebih kuat kerana sabit dalam hadis sahih Nabi melarangnya. Dan asal kepada larangan syarak ialah HARAM melainkan dengan dalil lain yang mengubahnya.
walaubagaimana pun, jumhur melihat larangan itu sebagai larangan makruh tanzih.

JUAL BELI AIR
Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan larangan menjual air. Namun, setelah dikumpulkan segala hadis2 berkaitan dengan hukum ini, para ulama membuat kesimpulan;

-air yang berada dalam sungai atau laut, haram dijual. kerana itu adalah hak kepunyaan semua.
-orang yang menceduk air sungai atau laut, kemudian membawa balik air itu, HARUS menjualnya kerana ia sudah menjadi hak milik khusus baginya. sebagaimana orang yang mengutip kayu api di hutan HARUS menjualnya kerana telah menjadi miliknya.
-orang yang mempunyai telaga atau mata air di satu kawasan tanaman, dan air telaganya MELEBIHI keperluan dirinya, maka HARAM menghalang orang lain mengambil airnya secara percuma untuk tujuan menyiram tumbuhan2 di sekitarnya.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: