03-017 : Amalan Untuk Murah Rezeki
Home – Soal Jawab – Zikir dan Doa
Soalan:
Assalamualikum,
Saya ada satu musykil tentang penggunaan surah-surah dalam al quran contohnya sural al insyiirah atau al qadar dalam bilangan-bilangan tertentu dan dibaca selepas sembahyang untuk menolong dalam mengatasi masalah rezeki atau kesusahan. Adakah dalil-dalil, nas-nas hadis tentang perkara ini. harap dapat penjelasan. terima kasih.
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعـد
– Kami tidak menemui -setakat pencarian- dalil tentang amalan membaca dua surah tersebut dengan bilangan tertentu sebagai amalan untuk mengatasi masalah rezeki.
– Tetapi dimaklumi di dalam syarak terdapat galakan melakukan dan membaca doa-doa tertentu untuk diluaskan rezeki, antaranya:
1) Bertaqwa kepada Allah, kerana ia penyebab murah rezeki. Firman Allah:
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. (Al-Talaq: 2-3).
2) Membanyakkan istighfar, kerana Allah berfirman:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا * يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَارًا * وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
Maksudnya: Sehingga aku berkata: Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai. (Nuh: 10-12).
3) Menjauhi maksiat. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
وإن الرجل ليحرم الرزق بالذنب يصيبه
MAksudnya: Sesungguhnya seseorang lelaki disekat rezeki dengan sebab dosa yang dilakukannya. Direkod oleh Ibn Majah (no: 4022). Dinilai sahih oleh al-Hakim.
4) Berdoa dimurahkan rezeki, seperti doa baginda pada waktu pagi selepas solat Subuh:
اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا
Maksdunya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Direkod oleh Ibn Majah (no: 925).
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net