06-007 : Pelajar Universiti Dikira Asnaf ‘Fi Sabilillah’?
Home – Soal Jawab – Feqah: Zakat
Soalan:
Di Malaysia, pelajar-pelajar universiti merupakan antara asnaf penerima zakat. Soalan saya: Mesti kah pelajar miskin sahaja yang layak menerima zakat bagi golongan fisabilillah?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Ada khilaf pada tafsiran ‘Fi Sabilillah’, adakah ia khas pada mereka yang berperang di Jalan Allah secara sukarela, ataupun ia umum meliputi semua bentuk kebaikan seperti berdakwah, mengajar, belajar, pembinaan masjid dan seumpamanya.
Lembaga Ulama Besar Arab Saudi dalam persidangan di Taif pada 5-22/8/1394 memutuskan bahawa ia KHAS untuk mereka yang terlibat dengan peperangan. (Fiqh al-Nawazil; Jizani 2/214)
Oleh kerana ia masalah khilaf, kita menghormati pendapat kedua yang lebih umum, dan mungkin dipilih oleh pihak pengurusan zakat. Apabila dikatakan penuntut ilmu atau pendakwah antara asnaf zakat, maka tidak disyaratkan mereka fakir miskin, kerana fakir miskin adalah asnaf yg berlainan.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net