Skip to content

07-025 : Terawih Di Rumah Atau masjid?

Home Soal JawabFeqah: Puasa

Soalan:

Boleh ke kita tarawih kat rumah je sebab rasanya zaman Rasulullah tak ada jamaah tarawih. Maaf, saya faham ruh tarawih masa kini memperdengar kan al-Quran sejuzuk dan mempersatukan ummah dan jamaah di introduce semasa khulfa ar rasyidin rasanya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Solat tarawih boleh didirikan berjemaah atau berseorangan. Kedua-duanya pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Cuma, secara berjemaah, baginda hanya melakukan dalam beberapa malam pertama sahaja kerana bimbang jika dilakukan secara konsisten dengan berjemaah, nanti ia difardhukan.

Dari segi afdhal, ramai fuqaha memasukkan solat tarawih dalam jenis solat yang disunatkan berjemaah.

Kata Imam Nawawi, “Solat tarawih secara berjamaah adalah lebih afdhal kerana ia adalah ijmak sahabat dan seluruh umat merata tempat”. (Majmuk 4/32)

Wallahu A’lam.

%d bloggers like this: