Skip to content

01-007 : Nabi Maksum Tapi Melakukan Dosa?

Home Soal JawabAkidah dan Asas Islam

Soalan:
Ada satu situasi di mana saya telah disoal oleh seorg bukan Islam ttg sifat maksum para Nabi a.s.

Dia bertanya, kalau para nabi maksum, macamana diorang boleh buat salah dan berdosa spt nabi adam, sedangkan orang maksum ni perfect, sin-free, terpelihara drpd dosa? Jadi, saya jawab, ‘Sebab diorang tu manusia dan terdedah kepada kesilapan. Ada antara mereka yg terbuat dosa, tapi akhirnya diampunkan oleh Allah. Setelah diampunkan, tu la yg dikatakan tak berdosa lagi, iaitu maksum’. Betulkah jawapan spontan saya tu?

Pastu saya terpikir, ada satu riwayat kalu x silap saya, Aisyah tanya pasal ibadat malam Nabi cam gini, ‘… bukankah Rasulullah sudah diampunkan dosa yg dahulu, sekarang dan akan datang?’ (Maaf kalau x thabit). Pernahkah nabi saw sendiri virtually terbuat dosa? Sbb ada bbrp asbabul-nuzul di mana nabi saw pernah ditegur oleh Allah

Saya balik yg konfius… sila bantu jkk

Jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

perbahasan tentang kemaksuman para Nabi, dilihat pada dua sudut:

Pertama: Maksum dalam menyampaikan risalah.

Semua para Nabi maksum dalam tanggungjawab mereka menyampaikan wahyu. Tidak menyembunyikan samada sengaja atau tidak.
(Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 18/7, Fatawa Bin Baz 6/371).

Kedua: Maksum dalam amalan harian mereka.

-Para Nabi a.s. tidak pernah sekali pun melakukan dosa besar, samada sebelum diutuskan atau selepas diutuskan.

-Para Nabi tidak maksum daripada tersalah melakukan dosa kecil.
Kata Ibn Taimiyyah: “Pendapat yg mengatakan para Nabi maksum daripada dosa besar, tidak maksum dari dosa kecil, ialah pendapat kebanyakan ulama Islam dan semua kumpulan…. Ia juga pendapat kebanyakan ahli tafsir, ahli hadis, dan fuqaha. Malahan, tidak dinukilkan daripada salaf, para imam, para sahabat, para tabien dan tabie tabien melainkan pendapat ini”. Majmuk Fatawa 4/319.

Oleh itu, ayat Quran dan hadis2 yg menunjukkan bahawa Allah Taala mengampunkan dosa-dosa Nabi, maksudnya ialah kesilapan2 baginda yg dianggap dosa kecil.
Rujuk: ‘Ismatul Anbiya (Kemaksuman Para Nabi) karya al-Razi m/s 151.

Jawapan asal penulis di al-ahkam

Advertisements
%d bloggers like this: