Skip to content

07-026 : Bilangan Rakaat Tarawih

Home Soal JawabFeqah: Puasa

Soalan:

Saya ada megikut masjid bersembahyang 10 rakaat tarawih dah 1 rakaat witir, adakah ini bid’ah atau di bolehkan?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Sabit dalam hadis sahih baginda tidak pernah melebihi 11 rakaat pada Ramadhan dan bukan Ramadhan. Sebagaimana dalam Bukhari (no: 1096) dan Muslim (no: 738).

– Perbuatan Nabi SAW bukan bermakna menghadkan kepada bilangan itu. Kata Ibn Taimiyyah: Barangsiapa yang beranggapan bahawa qiam Ramadhan terdapat jumlah yang telah ditentukan daripada Nabi SAW, tidak boleh ditambah atau dikurangi, maka dia telah silap.

– Kerana itu ada salaf membuat 20 rakaat, 36 rakaat, dan 40 rakaat.

– Maka, apa yang anda sebut adalah dibolehkan.

Wallahu A’lam.

%d bloggers like this: