Skip to content

06-004 : Ada Simpanan Wang Untuk Anak, Kena Zakatkah?

Home Soal Jawab Feqah: Zakat

Soalan:

Assalamualaikum .

Saya menyimpan wang sebanyak RM6000.00 untuk 5 orang anak. Jika cukup setahun, adakah wajib kita keluarkan zakat harta atas simpanan itu?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Jika wang sebanyak itu masih di bawah pemilikan anda, kemudian cukup haulnya selama setahun, maka wang itu tetap dikenakan zakat. Tidak ada halangan yang menggugurkan kewajipan zakat kerana cukup nisab dan cukup haul.
Manakala niat untuk digunakan kepada anak-anak, atau sesiapa sahaja tidak menafikan wajibnya zakat pada harta seseorang.

Tetapi jika anda telah memberi (hibah) wang tersebut kepada anak-anak, iaitu dengan cara melafazkan pemberian dan mengasingkan wang antara mereka, yakni setiap seorang ditetapkan sebanyak RM 1200, dan diserahkan kepada mereka dengan cara qabdh yang syar’ie, maka barulah tidak dikenakan zakat. Kerana 1200 masih belum mencapai nisab zakat.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: