Skip to content

08-014 : Beza Rukun dan Wajib Dalam Haji

Home Soal Jawab Feqah: Haji dan Umrah

Soalan:

apakah bezanya di antara wajib haji dengan rukun haji?

kenapakah hanya ada dalam haji tidak dalam ibadat lain?

dan adakah disana khilaf diantra ulamak?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Rukun haji: Ialah perkara yang wajib dilakukan dalam haji, dan jika ditinggalkan salah satu daripadanya, maka tidak sah haji. Ia tidak boleh diganti dengan dam. Seperti: Niat ihram, tawaf ifadhah, saie, wuquf di arafah, tahallul.

Wajib haji: Perkara2 yang wajib dilakukan dalam haji, tetapi jika ditinggalkan, haji tetap sah, dan wajib diganti dengan bayaran dam. Seperti: Bermalam di Mina, bermalam di Muzdalifah, Melontar jamrah dll.

Perbezaan antara wajib dan rukun dalam haji adalah disepakati oleh semua ulama, cuma khilaf pada menentukan yang mana wajib dan yang mana rukun.

Adapun dalam ibadah2 selain haji, maka ada khilaf pada perbezaan rukun dan wajib.

Contohnya, dalam sembahyang;
– Mazhab Syafie tidak membezakan antara rukun dan wajib.
– Mazhab Hanbali membezakan. Rukun wajib dilakukan, dan tidak gugur walaupun lupa. Wajib jika ditinggalkan kerana lupa, hanya diganti dengan sujud sahwi.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: