Skip to content

02-029 : Peristiwa Api Keluar Di Bumi Hijaz

Home Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:

Minta pertolongan Panelis yang arif syarahkan hadith ini, Riwayat Bukhari (urgent….)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Hari kiamat tidak akan tiba sebelum munculnya api di tanah Hijaz yang akan melemparkan cahaya yang terlihat dari leher-leher unta di Bushrah.” (9:234-S.A)

Jkk dahulu atas jawapan..

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Ramai ulama sejarah mengatakan peristiwa keluar api di Hijaz tersebut telah berlaku di Madinah Nabawiyyah, pada bulan Jumada Akhirah tahun 654H.

– Di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, Ibn Kathir membawakan peristiwa tersebut secara detail. Iaitu ia berlaku pada Hari Jumaat 5 Jumada Akhirah 654H. Ia berterusan selama sebulan. Madinah dikatakan bergoncang ketika itu, dan penduduknya berlindung di Masjid Nabawi. Api yang menyala dikatakan sangat tinggi sehingga dapat dilihat dari Makkah Mukarramah. (Al-Bidayah wa al-Nihayah 6/284).

– Api yang menyala itu juga memancarkan cahaya yang terang benderang, sehingga dapat dirasai oleh penduduk Busra (satu tempat di Syam). Sehingga pada waktu malam, penduduk pedalaman di Busra dapat melihat cahaya tersebut pada unta-unta mereka. Imam Nawawi mengtakan: Seluruh penduduk Syam secara mutawatir mengetahui tentang peristiwa keluar api tersebut. (Fathul Bari 13/79)

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Advertisements
%d bloggers like this: