03-012 : Fatihah Pada Permulaan Majlis
Home – Soal Jawab – Zikir dan Doa
Soalan:
di sini ana ingin bertanya apakah hukum membaca surah al fatihah pada permulaan majlis?
Adakah ia satu sunnah?
mintak ulas selengkapnya,
wAllahua`lam
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
– Amalan membaca Fatihah di permulaan majlis tidak ada sandaran daripada syariat Islam. Sedangkan amalan ibadah mestilah disandarkan kepada dalil daripada Quran dan Sunnah. Amalan ini tidak didapati dalam kedua-duanya.
– Tidak ada riwayat pun, bahawa Nabi SAW dan para sahabat memulakan majlis-majlis mereka dengan amalan ini, sedangkan pada zaman mereka banyak diadakan majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan. Andainya amalan ini suatu yang baik, sudah tentu mereka orang pertama mengadakannya.
– Kewajipan bagi umat Muhammad SAW ialah mengikut sunnah baginda, dan meninggalkan amalan-amalan yang diada-adakan oleh orang-orang terkemudian. Buat sesuatu kerana Allah, dan meninggalkan sesuatu kerana Allah.
Wallahu A’lam
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net