06-016 : Bayar Zakat Kepada Anak Yang Belajar
Home – Soal Jawab – Feqah: Zakat
Soalan:
Seseorang yg telah pencen dari perkhidmatan kerajaan akan dapat duit ganjaran & perlu dizakat kan (saya merujuk kepada ayah sa yang pencen awal kerana sakit & tidak boleh membuat sebarang kerja).soalan saya :
1) Adakah orang yg sedang belajar layak menerima zakat?
2) Boleh kah zakat dari duit ganjaran tadi diberi kepada anak yang sedang belajar sahaja?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1) Ada pendapat dan fatwa yang meluaskan maksud ‘fi sabilillah’ bukan setakat peperangan di jalan Allah, tetapi merangkumi juga menuntut ilmu. Maka atas pendapat ini, boleh diberikan zakat kepada penuntut ilmu syar’ie, yang berhajat kepada perbelanjaan.
2) Walaubagaimanapun, tidak boleh disalurkan zakat kepada orang-orang yang di bawah tanggungannya, seperti ibu bapa, dan anak. Hukum ini adalah ijmak (sepakat) ulama sebagaimana nukilan Ibn al-Munzir dalam Al-Ijmak (hlmn: 57, no: 142).
Wallahu A’lam
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net