10-008 : Hukum Sertai Pelaburan Buluhmas
Home – Soal Jawab – Feqah: Muamalat
Soalan:
Apakah hukum menyertai pelaburan seperti Buluhmas dan sekiranya terdapat keuntungan adakah duit tersebut halal?
Dan sekiranya ketika menyertai perniagaan seperti ini tanpa menyedari haramnya (tak sengaja) adakah akan diampunkan?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Syarikat Buluhmas Sdn. Bhd. (Buluhmas) masih dalam siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak ia diserbu pada 13 Oktober, kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya.
Rujuk berita: http://www.utusan.com.my/utusan/info.as … =mh_01.htm
dan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.as … =bt_24.htm
Oleh itu, kedudukan syarikat tersebut mestilah diputuskan terlebih dahulu oleh pihak yang berautoriti iaitu BNM, sebelum dilihat perjalanan perniagaannya samada menepati Syariah atau tidak.
Sekian
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net