Skip to content

06-017 : Bayar Zakat Perniagaan Dengan Barang

Home Soal Jawab Feqah: Zakat

Soalan:

Saya ada persoalan tentang permasalahan zakat perniagaan. Soalan saya:  Bolehkah zakat perniagaan dikeluarkan dengan barang bukannya dengan tunai?

Harap ustaz dapat selesaikan persoalan saya ini.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Terdapat khilaf ulama dalam masalah peniaga mengeluarkan zakat perniagaan dari barang perniagaannya. Contohnya, peniaga kain mengeluarkan kain kepada asnaf, dan peniaga alatulis memberi kelengkapan alatulis kepada penerima zakat.

Ada ulama mengharuskannya, ada yang tidak mengharuskannya, dan ada pendapat yang merujuk kepada maslahah. Yang dimaksudkan merujuk kepada maslahah ialah, tidak boleh mengeluarkan zakat daripada barangan kecuali penerima zakat berhajat kepada barangan tersebut, dan jika diberikan wang ringgit pun, dia akan membeli barangan tersebut.

Pendapat ketiga ini yang dikuatkan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Katanya, “Inilah pendapat paling pertengahan”.
Dan ia juga ditarjihkan oleh Dr Yusuf Qardhawi dalam Fiqhu al-Zakat (m/s: 338-339).

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: