Skip to content

07-013 : Kenapa Kita Puasa 30 Hari?

Home Soal JawabFeqah: Puasa

Soalan:
tolong jelaskan,mengapa tanah arab,eropah.africa,australia puasa 29 hr???
mcm mane kiraan sebenar??? (Tahun 1428H)

Jawapan:
– Syarak mewajibkan puasa selama SEBULAN. Di dalam kalendar Islam, sebulan boleh berlaku 30 hari dan boleh berlaku 29 hari. Sebagaimana sabit dalam hadis Nabi: “Sebulan adalah begini, begini, begini, dan sebulan begini, begini, begini.” Yakni: sekali 29, dan sekali 30.
HR: Bukhari (no: 1804) dan Muslim (no: 1080).

– Untuk menentukan samada 29 atau 30, syarak menjadikan rukyah (nampak anak bulan) sebagai tandanya. Sebagaimana hadis “Berpuasalah apabila melihatnya (anak bulan) dan berbukalah (hari raya) apabila melihatnya”. HR Bukhari (no: 1810) dan Muslim (no: 1081).

– Jadi, perbezaan antara 29 dan 30 antara negara2 di dunia berlaku kerana:
1) ada setengah negara anak bulan kelihatan, dan di sesetengahnya tidak kelihatan.
2) atau: ada sesetengah negara yang menggunakan rukyah (anak bulan), dan sesetegahnya menggunakan falak. Kemungkinan, boleh berbeza natijahnya.
3) atau: ada golongan yang menjadikan Makkah (KSA) sebagai ikutan, Kalau Makkah 29, maka diorang pakai 29, kalau di Mekah 30, diorang pakai 30. Di Indonesia, banyak berlaku begini.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Advertisements
%d bloggers like this: