Skip to content

05-004 : Imam Salah Tajwid, Terlebih Dengung

Home Soal JawabFeqah: Solat

Soalan:

Kebiasannya imam akan mengulang ayat yang tersilap huruf / tersasul sebutan. Bagaimana kalau terlepas atau terlebih dengung, perlukan diulang ayat tersebut dalam solat?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله  وبعد

Yang membatalkan bacaan ialah: sekiranya meninggalkan huruf, atau meninggalkan tasydid, atau menukar suatu huruf dgn huruf lain.

Manakala LAHAN (kesilapan menutur) dalam Fatihah pula, ada perincian:
-sekiranya kesilapan yg mengubah makna, maka tidak sah bacaan itu. jika sengaja, batal sembahyang. contoh kesilapan mengubah makna: membaca AN’AMTU ALAIHIM. sepatutnya: AN’AMTA ALAIHIM.
-sekiranya kesilapan yg tidak mengubah makna, maka sah bacaan fatihah.

Manakala meninggalkan dengung, atau kurang kadar dengung, perkara ini adalah berkaitan dengan TAJWID. dan kekurangan atau ketiadaan tajwid dalam sembahyang TIDAK MENJEJASKAN sembahyang.

-rujukan: Majmuk Nawawi 3/393
-syarah mumti’ 3/63
-Fatwa syeikh Saleh Fauzan
-Fatwa syeikh uthaimin

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: