02-021 : Hadis Doa Masuk Rumah
Home – Soal Jawab – Al-Quran dan Hadis
Soalan:
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
“Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” – (Riwayat Abu Daud).
jzkk
Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Teks Hadis:
إِذَا وَلَجَ الرَّجُلُ فِى بَيْتِهِ فَلْيَقُلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلِجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا ثُمَّ لْيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ
Takhrij Hadis:
– Sunan Abi Daud (no: 5098 )
– Mukjam Kabir, Thabarani (no: 3452)
– Musnad Syamiyyeen (no: 1674)
Taraf Hadis:
Tidak Sahih, kerana sanadnya terputus antara Syuraih bin Ubaid dan Abu Malik al-Asyaari. Ibn Abi Hatim menukilkan dalam kitab al-Marasil daripada bapanya Abu Hatim, bahawa riwayat Syuraih bin Ubaid daripada Abi Malik adalah MURSAL. (al-Marasil: m/s 90).
Al-Albani di dalam Silsilah Sahihnya 1/394 menilainya sahih, kerana melihat kepada kedudukan perawi-perawi yang thiqah, tanpa menyedari bahawa sanadnya terputus.
Kemudian, beliau menarik balik penilaian sahih itu, dan menghukum hadis ini sebagai dhaif, di dalam kitab al-Kalim al-Tayyib (no: 62).
Wallahu A’lam
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam