Skip to content

04-002 : Penyakit Kencing Tak Lawas

Home Soal JawabFeqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan:

orang yang berpenyakit kencing tak lawas,dan keluar angin berterusan

….jika sudah berwuduk,tapi dalam waktu menunggu imam untuk memulakan sembahyang,terasa terkencing atau keluar angin ,perlukah dia menukar seluar dalam dan berwuduk semula,begitu juga jika keluar angin,perlukah dia berwuduk sekali lagi?

Jawapan:

org yg berpenyakit salas bawl, hukumnya sama seperti wanita yg istihadhah. iaitu selepas bersuci hendaklah bersegera melakukan solat.

Bagaimana kalau melewatkan sembahyang, sehingga boleh berlaku keluar angin atau kencing?
Kalau melewatkan kerana urusan berkaitan dengan maslahat dan kepentingan sembahyang, maka diMAAFkan. contoh urusan melibatkan maslahat sembahyang ialah:
-menunggu jemaah datang, atau tunggu tok imam
-bersembahyang sunat qabliyyah

tidak timbul persoalan dia terasa kencing keluar, angin keluar, sebab kita sudah menghukumkan bahawa dia berpenyakit salas. semua itu dimaafkan selepas dia menunaikan kewajipan dia iaitu bersuci apabila masuk waktu, dan menghalang ia keluar sedaya mungkin.

rujukan:
-kitab Minhaj Thalibin Imam Nawawi (mazhab syafie) m/s 87
-Kitab al-Insaf oleh Al-Mardawi (mazhab Hanbali) 1/377
-Umdatul Feqh oleh Ibn Taimiyyah

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: