05-009 : Sengaja Lewatkan Solat, Tiba-tiba Haidh (II)
Home – Soal Jawab – Feqah: Solat
Soalan:
Syukran atas jawapan kepada soalan yg dahulu.
cuma ada sedikit lagi keraguan untuk melengkapkan pemahaman saya akan isu ini.
Jadi sekiranya wanita itu sengaja lambatkan solat tiba-tiba datang haid pula, dia wajib qadhakan semula solat yg dilambat-lambatkan itu selepas selesai haid dan mandi wajib. Betulkah begini mengikut apa yang saya faham ?
Tetapi adakah hukum ini juga terpakai bagi wanita yg menyedari dia dtg haid semasa di awal waktu dan dipertengahan waktu juga?
syukran.
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
sebenarnya, masalah ini tidak dikaitkan dengan akhir waktu atau awal atau pertengahan waktu. Sebaliknya, sesiapa yang telah masuk waktu sembahyang, dan sepatutnya sempat untuk melakukan sembahyang fardhu, tetapi dia tidak melakukannya, lalu datang halangan seperti haidh atau gila, maka wajib qadha’ solat itu.
contohnya, kadar sembahyang fardhu ialah 8 minit. zohor masuk pada pukul 1.30 ptg. kalau dia haidh pada pukul 1.32 petang, maka tidak wajiblah dia qadha’ solat zohor nanti kerana waktu sucinya tidak sempat untuk solat fardhu.
Tetapi kalau dia haidh pada pukul 1.45 ptg, walaupun masih dalam lingkungan awal waktu, tetapi dia WAJIB qadha’ solat zohornya itu.
rujuk:
Minhaj Talibin Imam Nawawi m/s 92
wallahu a’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net