Skip to content

08-005 : Solat Di Masjidil Haram, Lihat Kaabah?

Home Soal Jawab Feqah: Haji dan Umrah

Soalan:

Ketika bersolat di Masjid Haram, saya perlu memandang ke bawah atau memandang tepat ke arah kiblat di depan?

Jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Ramai ulama termasuk sebahagian salaf berpendapat disunatkan memandang ke tempat sujud ketika solat. Antaranya: mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali.

Kerana diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW masuk Kaabah, dan baginda tidak mengalihkan pandanagnnya dari tempat sujud sehingga keluar daripada kaabah. HR Al-Hakim (no: 1761) dan dinilai Sahih olehnya.
Dan dimaklumi ketika baginda masuk Kaabah, baginda bersolat di dalamnya.

Namun, tidak ada larangan daripada melihat ke hadapan ketika solat. Yang dilarang ialah mendongak ke atas, sebagaimana sabit dalam hadis sahih.

Tetapi, jika sekiranya memandang ke hadapan menyebabkan terganggu kekhusyukan maka lebih baik menundukkan pandangan ke bawah, apatah lagi dalam suasana masjidil haram yang dipenuhi dengan ribuan manusia dan kemungkinan wanita boleh lalu lalang di hadapan anda solat.

%d bloggers like this: