Skip to content

02-028 : Status Hadis ‘Allah Ketawa’

Home Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:
Assalamualaikum.

Saya ada terbaca satu hadis iaitu:

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Allah ketawa terhadap tiga orang(golongan) iaitu saf yang lurus dalam solat berjamaah, lelaki yang bangun tengah malam untuk bersembahyang dan pasukan yang berbaris ke medan perang.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Yu’la dari Abu Sa’id r.a)

>>Apakah status hadis ini?
>>Benarkah Allah ketawa?

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Hadis ini direkod dalam Musnad Ahmad (no: 11761), Musannaf Ibn Abi Syaibah (no: 19317), Baihaqi dalam Al-Asma Wa al-Sifaat (no: 985) dan lain-lain.
Dinilai Dhaif oleh oleh al-ALbani dalam Silsilah Dhaifah 7/455, dan pentahqiq Musnad Ahmad (Arnaut dll) 18/284.

2) Walaupun hadis tersebut dinilai dhaif, tetapi terdapat beberapa hadis lain yang sahih menyebut bahawa Allah Taala ketawa. Antaranya hadis Bukhari dan Muslim, “Allah ketawa terhadap dua lelaki, salah seorangnya membunuh yg seorang lagi, kedua-duanya masuk ke syurga….”. (Bukhari no: 2671 dan Muslim no: 1890).

Hadis-hadis seumpama ini menunjukkan penetapan sifat ketawa bagi Allah Taala sebagaimana yang layak dengan keagungan dan ketinggianNya, dengan tidak menyerupai sesuatu

Para salaf yang mengarang kitab-kitab khas tentang sifat-sifat Allah, kebiasaannya membuat satu bab iaitu: Menetapkan Sifat Ketawa Bagi Allah, sebagaimana dalam kitab Dalail Tauhid oleh Imam Harawi (m/s 76), dan Naqdhul Imam Al-Darimi (2/769).

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Advertisements
%d bloggers like this: