Skip to content

12-002 : Ikut Faraidh Atau Wasiat?

Home Soal Jawab Feqah: Wasiat Dan Pusaka

Soalan:

Assalamualaikum.

Sepanjang mengikuti kuliah secara online, saya difahamkan bahawa wajib pembahagian harta pusaka itu diagihkan mengikuti sistem faraid seperti mana yang diterangkan di dalam al-Quran walaupun simati ada meninggalkan wasiat.

Kemudian, dalam masa terdekat ni saya telah terbaca tentang pendapat yang mengatakan bahawa harta pusaka boleh dibahagikan kepada semua waris yg berhak mengikut yang tertulis di dalam wasiat.

Saya sedikit celaru dan berharap mendapat pencerahan dalam permasalahan ni.

Wallahua’lam

Wassalamualaikum

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Harta pusaka dan wasiat adalah dua pembahagian yang berasingan. Jika si mati meninggalkan wasiat pada hartanya, syarak mewajibkan supaya disempurnakan dahulu hak penerima wasiat, barulah diagihkan harta secara Faraidh.

Tetapi dengan syarat wasiat simati hendaklah menepati dua syarat:
a) tidak melebihi kadar 1/3 harta peninggalan.
b) wasiat itu kepada bukan waris (penerima pusaka).
Jika melebihi 1/3 harta, atau kepada salah seorang penerima pusaka, maka mestilah mendapat kerelaan semua waris-waris lain.

Dalil didahulukan penyempurnaan wasiat ialah firman Allah Taala:
Maksudnya: (Pembahagian tersebut hendaklah) selepas ditunaikan wasiat yang dibuat, atau (dan) sesudah dilunaskan hutang. (Al-Nisa: 11).

Wallahu A’lam

Rujukan:
– Tahqiqaat Mardhiyyah m/s 29-30

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: